Alhamdulillahi Rabbil A'lamien!

Alhamdulillahi Rabbil A'lamien!
Dr. Haji Md. Hatta Hj Zainal Abidin melalui blog ini berharap dibarikan sebagai penyumbang kebaikan. Blog ini akan dimanfaatkan sebagai medan fikir dan cetusan pendapat yang berkonsepkan panduan demi kemajuan sahaja. Selamat berinteraksi!!

Friday, 24 April 2009

Mukaddimah - Asas konstruksi Blog NALURI - Dr. Hj Md Hatta Zainal Abidin


Angka usia semakin bertambah adalah isyarat tentang sisa kehidupan yang mulai hakis dimamah waktu. Apa pun yang berlaku dan berlalu akan sangat indah jika ianya telah di isikan dengan berbagai amal kebaikan. Tetapi sisa hidup yang sejengkal ini pasti tidak akan menguntungkan jika dibiarkan tanpa dimanfaatkan. Begitulah kiranya sebab maka blog ini terbina. Ianya adalah untuk dimuatkan dengan artikel yang terbit dari cetusan minda Dr. Hj Md Hatta sendiri dengan harapan ianya dapat dijadikan bahan rujukan dan pertimbangan semua pihak yang memerlukan nya.

Semua pihak yang jujur sebagai aktivis kemajuan, pembangunan demi kebajikan dan kebahagian manusia adalah sangat diharapkan dapat menyumbang bahan fikir serta cetusan minda buat di muat kedalam blog ini. Tetapi bahan yang berunsur fitnah dan cuma prasangka atau jika pada pendapat kami ianya menyalahi dari segi undang-undang, maka kami berhak untuk menghapusnya dari blog ini dan menghalang ianya dari dimuat atau diterbitkan melalui blog ini. Tegasnya blog ini dibina hanya untuk memikirkan kemajuan, pembangunan dan kebajikan.

No comments: