Ramai orang mengatakan Negara Brunei Darussalam, sebuah negara yang bertanah subur, memang tidak dapat dinafikan bila kita sendiri melihat akan keadaan hutannya yang hijau sepanjang tahun, tambahan lagi dengan hasil minyak dan gas asli yang terdapat di Daerah B
elait.
Keadaan di ibu Negara, Bandar Seri Begawan telalu sesak dengan pembangunan-pembangunan kerajaan dan swasta serta kesibukkan dengan kenderaan yang berbagai jenis. Tetapi berlainan pula dengan keadaan didesa dan kampung, sepi dengan rumah-rumah dibina berkelompok-kelompok di sana sini. Tidak saperti si Bandar, keadaan di desa dan kampung tidak sesak dan masih terdapat penuh dengan hutan rimba, walaupun ada jalanraya kecil yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan penduduk-penduduk desa dan kampong pergi dan balik ke Bandar bagi membeli belah, berkerja atau menjual hasil tanaman mereka.
Walaupaun Negara kita sudah merdeka sejak 25 tahun yang lalu, tetapi penduduk dan masyarakat melayu kita masih lagi belum banyak berubah dalam berbagai segi terutamanya di bidang ekonomi dan politik, tidak melampau kalau dikatakan ramai masyarakat melayu Brunei yang masih miskin, namun ada pula setengahnya sudah boleh di gelar jutawan, tetapi tidak dalam ertikata yang sebenarnya. Oleh itu bolehlah dikatakan kemerdekaan kepada masyarakat melayu dinegara ini belum bererti dan memberikan fungsi yang sebenar dan sepatutnya.
Negara kita telah dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dan setiap tahun peruntukan bujetnya makin bertambah bagi perbelanjaan pentadbiran dan projek-projek kerajaan dalam pembangunan Negara dan masyarakat dari setahun kesetahun.
Kalau diteliti, apakah perlu dengan tambahan yang begitu besar?...tentulah kita perlu bertanya dan siapa yang boleh menjawapnya…tetapi kalau rajin membuat penyelidikan, sudah tentu boleh kita mendapat jawapannya dengan amat senang.
Walaupun Negara kita sudah merdeka, tetapi cara hidup dan cara berfikir masyarakat melayu di negara ini tidak berubah, bahkan mereka masih jauh merosot daripada apa yang sepatutnya di segi sosio-ekonomi dan politik. Cuba kita perhatikan, sekarang masayarakat melayu di negara ini tidak lagi berminat untuk mencari nafkah dengan bercucuk tanam, bersawah atau berternak saperti lazimnya dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu, pada hal pihak kerajaan telah banyak berusaha memberikan berbagai kemudahan dan khurusus dalam bidang tersebut, tetapi yang kita lihat lebih masyarakat melayu suka dan gemar berkerja di pejabat-pejabat kerajaan dan pihak swasta dan ada juga terdapat masih suka memilih sangat tentang perkerjaan hingga sanggup menjadi penganggur bertahun-tahun tanpa sebarang dayausaha, sedangkan peluang-peluang bagi mereka sentiasa terbuka luas di negara ini.
Terdapat juga sebahagian masyarakat melayu kita, semengat bekerja mereka makin merosot dan satu cara hidup baru yang amat negative pula yang wujud. Masyarakat melayu kita tidak lagi mempunyai sifat mahu bekerja, sedar diri dan berjiwa nasionalis, malah mereka khayal dengan kemewahan yang belum pasti mereka perolehi sepenuhnya. Inilah mentality yang terpupuk dalam masyarakat melayu sejak dahulu hinggalah sekarang, kelemahan mentaliti mesyarakat melayu memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya bekas peninggalan bangsa-bangsa asing.
Dalam negara kita, cara bekerja untuk mencari nafkah hidup ada beberapa cara, saperti makan gaji, berniaga, menjadi nelayan atau petani, di antaranya yang diminati, adalah cara bekerja makan gaji lah yang dianggap bertaraf palaing sesuai dan senang kalau dibandingkan dengan cara berniaga, atau menjadi nelayan dan petani. Sebahagian mesyarakat melayu kita memandang tangga gaji yang tetap dan tinggi serta lumayan disamping kemudahan-kemudahan yang yang disediakan dan diberikan kepada mereka.
Harus disedari cara berfikir saperti begini amatlah merugikan bangsa dan negara, masyarakat melayu kita di negara ini senghaja melupakan bidang-bidang yang sebenarnya boleh memajukan mereka, boleh mengkayakan dan boleh membangunkan sosio-ekonomi bangsa melayu itu sendiri, sedangkan apa yang di anggap baik itu sedikit pun tidak menaikkan taraf kehidupan mereka kecuali hanya menjadi satu kemegahan dan khayalan yang kosong serta merugikan, melemahkan dan mencelakakan diri sendiri, bangsa dan seterusnya negara menjadi lemah dalam memajukan atau membagunkan berbagai bidang tertentu kerana kurang penglibatan masyarakat melayu di negara ini.
elait.Keadaan di ibu Negara, Bandar Seri Begawan telalu sesak dengan pembangunan-pembangunan kerajaan dan swasta serta kesibukkan dengan kenderaan yang berbagai jenis. Tetapi berlainan pula dengan keadaan didesa dan kampung, sepi dengan rumah-rumah dibina berkelompok-kelompok di sana sini. Tidak saperti si Bandar, keadaan di desa dan kampung tidak sesak dan masih terdapat penuh dengan hutan rimba, walaupun ada jalanraya kecil yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan penduduk-penduduk desa dan kampong pergi dan balik ke Bandar bagi membeli belah, berkerja atau menjual hasil tanaman mereka.
Walaupaun Negara kita sudah merdeka sejak 25 tahun yang lalu, tetapi penduduk dan masyarakat melayu kita masih lagi belum banyak berubah dalam berbagai segi terutamanya di bidang ekonomi dan politik, tidak melampau kalau dikatakan ramai masyarakat melayu Brunei yang masih miskin, namun ada pula setengahnya sudah boleh di gelar jutawan, tetapi tidak dalam ertikata yang sebenarnya. Oleh itu bolehlah dikatakan kemerdekaan kepada masyarakat melayu dinegara ini belum bererti dan memberikan fungsi yang sebenar dan sepatutnya.
Negara kita telah dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dan setiap tahun peruntukan bujetnya makin bertambah bagi perbelanjaan pentadbiran dan projek-projek kerajaan dalam pembangunan Negara dan masyarakat dari setahun kesetahun.
Kalau diteliti, apakah perlu dengan tambahan yang begitu besar?...tentulah kita perlu bertanya dan siapa yang boleh menjawapnya…tetapi kalau rajin membuat penyelidikan, sudah tentu boleh kita mendapat jawapannya dengan amat senang.
Walaupun Negara kita sudah merdeka, tetapi cara hidup dan cara berfikir masyarakat melayu di negara ini tidak berubah, bahkan mereka masih jauh merosot daripada apa yang sepatutnya di segi sosio-ekonomi dan politik. Cuba kita perhatikan, sekarang masayarakat melayu di negara ini tidak lagi berminat untuk mencari nafkah dengan bercucuk tanam, bersawah atau berternak saperti lazimnya dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu, pada hal pihak kerajaan telah banyak berusaha memberikan berbagai kemudahan dan khurusus dalam bidang tersebut, tetapi yang kita lihat lebih masyarakat melayu suka dan gemar berkerja di pejabat-pejabat kerajaan dan pihak swasta dan ada juga terdapat masih suka memilih sangat tentang perkerjaan hingga sanggup menjadi penganggur bertahun-tahun tanpa sebarang dayausaha, sedangkan peluang-peluang bagi mereka sentiasa terbuka luas di negara ini.
Terdapat juga sebahagian masyarakat melayu kita, semengat bekerja mereka makin merosot dan satu cara hidup baru yang amat negative pula yang wujud. Masyarakat melayu kita tidak lagi mempunyai sifat mahu bekerja, sedar diri dan berjiwa nasionalis, malah mereka khayal dengan kemewahan yang belum pasti mereka perolehi sepenuhnya. Inilah mentality yang terpupuk dalam masyarakat melayu sejak dahulu hinggalah sekarang, kelemahan mentaliti mesyarakat melayu memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya bekas peninggalan bangsa-bangsa asing.
Dalam negara kita, cara bekerja untuk mencari nafkah hidup ada beberapa cara, saperti makan gaji, berniaga, menjadi nelayan atau petani, di antaranya yang diminati, adalah cara bekerja makan gaji lah yang dianggap bertaraf palaing sesuai dan senang kalau dibandingkan dengan cara berniaga, atau menjadi nelayan dan petani. Sebahagian mesyarakat melayu kita memandang tangga gaji yang tetap dan tinggi serta lumayan disamping kemudahan-kemudahan yang yang disediakan dan diberikan kepada mereka.
Harus disedari cara berfikir saperti begini amatlah merugikan bangsa dan negara, masyarakat melayu kita di negara ini senghaja melupakan bidang-bidang yang sebenarnya boleh memajukan mereka, boleh mengkayakan dan boleh membangunkan sosio-ekonomi bangsa melayu itu sendiri, sedangkan apa yang di anggap baik itu sedikit pun tidak menaikkan taraf kehidupan mereka kecuali hanya menjadi satu kemegahan dan khayalan yang kosong serta merugikan, melemahkan dan mencelakakan diri sendiri, bangsa dan seterusnya negara menjadi lemah dalam memajukan atau membagunkan berbagai bidang tertentu kerana kurang penglibatan masyarakat melayu di negara ini.
Tren atau sikap masyarakat melayu kita selama ini berfikir mengikut telinga dan tidak menggunakan otak, apa yang sedap di dengar dengan telinga, sedaplah di otak dan cepat percaya dan seterusnya diamalkan. Biarlah keterlaluan dikatakan masyarakat melayu kita selama ini tidak menggunakan otak dan tidak menggunakan kewarasaan serta hidup dalam merana, khayal dan ketinggalan, sikap suka meminta-minta sudah pun menjadi cara hidup dalam setengah masyarakat melayu di negara ini.
Justeru itu masyarakat melayu Brunei ,mestilah megubah sikap dari saat pertama mereka faham apa erti kemerdekaan, salah satu daripada sikap yang suka meniru orang lain.
2 comments:
Macam tok dukun saja rupanya enda ada gambar lebih handsome kah...
Satu mesej yang pernah Nabi Muhamad Sallahu 'Alaihi Wasalam sampaikan kepada para Sahabat dan termasuk para jemaah yang menghadiri dakwah Baginda dimana Baginda memberitahu bahawa Islam akan bangkit disebelah Timur. Para Sahabat teringin sekali merealisasikan sabda Baginda itu namun mereka bukanlah bangsa yang dtakdirkan untuk kebangkitan Islam itu. Jangan sampai disalah ertikan maksud kebangkitan itu. Yang jelas bukan melalui minda yang jahil dan pandngan yang sempit ataupun agresif sehingga keterlaluan.
Kebangkitan itu sewajibnya lah menurut peraturan dan tata susila yang bersyariat. Bangsa dari Timur pula berbagai bangsa - ada China, Jepun, Philipine, Melayu, Thailand, Australia, Sulu dan sebagainya maka mereka masing-masing punya ciri-ciri yang tersendiri. Tidak terkecuali bangsa Melayu. Namun mendukacitakan ialah bangsa Melayu jadi bangsa subsidi. Segala tindak tanduk dalam merancang semuanya memerlukan bajet, semuanya memerlukan elaun, semua memerlukan ovetime dan bermacam-macam lagi termasuklah mendapatkan sponsor dan juga peralatan. Bilakah tradisi ini diwarisi? Adakah sebelum merdeka atau selepas merdeka? Adakah juga kerana tekanan ekonomi yang merosot? Adakah juga kerana harga barangan keperluan naik? Atau adakah kerana bangsa Melayu sudah hilang citarasa keMelayuan-nya sehingga mempromosikan pemikiran dan budaya orang Barat dalam apa jua urusannya? Atau pun juga kerana para pemimpin masyarakat Melayu dan para pemandainya telah membeloti bangsanya sendiri sehingga mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri.
Inilah banyaknya persoalan yang perlu jawapan yang singkat dan terang. Tidak lain dan tidak bukan kita kena kembalikan kepada jawapan mengapa manusia Allah jadikan. Mengapa manusia dijadikan berbilang bangsa untuk kita belajar satu sama lain demi kepentingan apa - dunia atau akhirat. Adakah dunianya dikira dari segi kekayaan yang dicapai? Jika semua bangsa jadi kaya maka apakah target kita seterusnya? Jadi bila kita sudah kaya apakah kita perlu lagi mengubah sikap. Atau dunia itu diukur dari segi pencapaian pembangunan material dan peralatan serta kemudahan. Maka bila itu sudah tercapai maka apakah bangsa itu perlu lagi mengubah sikap. Sudut pandang kepada dunia inilah sebenarnya perlu kita ubah supaya semua tindak tanduk termasuk misi dan visi bangsa itu kepada sudut ukhrawi yang lebih bersikap kekal. Inilah sikap yang patut diubah. Bila ini tercapai maka InsyaAllah, bangsa Melayu bukan saja berjaya didunia malah juga diakhirat. Semoga Allah mengurniakan redhaNya diakhirat kelak.
Wallahu'alam
Kita akhiri dengan doa.
Rabbana aatina fid dunya hasanah wafil aakhiratii hasanah waqiinaa 'aazaban narr.
Mubaligh Jalanan
Post a Comment